Wednesday, 14 September 2011

Chelsea...new school, old school.....

Its not too early to say that the way Chelsea played against Leverkeusen this morning were different and effective. AVB seems to hear my idea that Lampard and Terry should be left out from the first XI. There are not much different in tactics applied by AVB compared to the earlier older coaches of the Blues, but AVB has the guts to put these two horses on the bench. Whatever reasons he gave, to me it’s not easy to leave out these two old heroes. The risk is high but he has to do it now not later or else forget about any silverware for this season. I'm neither against Lampard nor Terry, but their time is over. They were heroes but the way they are playing is no longer relevant. They are from the old school......
Never mind Torres can't score. But he had taught the midfielders on how the ball should be delivered to him if they want him to score...not once but both goals.
I wonder if the voters of PRU13 have the guts to get rid of the old schools leaders and replace them totally. After all politics and football are no different.....it’s only a game!

Wednesday, 7 September 2011

You can tie me up, but I'll keep write it down..: Biasa aje.....

You can tie me up, but I'll keep write it down..: Biasa aje.....: Raya sudah seminggu berlalu. Ramadhan pergi dengan shahdu. Manusia sudah memulakan kehidupan biasa. Selain daripada kematian jurugambar Bern...

Biasa aje.....

Raya sudah seminggu berlalu. Ramadhan pergi dengan shahdu. Manusia sudah memulakan kehidupan biasa. Selain daripada kematian jurugambar Bernama yang shahid,  apa yang disajikan oleh media perdana dan tidak perdana, bloggers rata-rata biasa-biasa sahaja.
Politik di Malaysia masih jauh dari matang. Baik dari yang di kedai-kedai kopi sehinggalah yang di Putrajaya. Politik di Malaysia adalah satu sajian kehidupan yang tak sudah-sudah, dari selepas satu PRU hinggalah ke PRU seterusnya. Permainannya mudah. Satu pihak mengatakan A dan pihak yang lagi satu mengatakan B. Pemimpin-pemimpin pula masing-masing mengeluarkan hujah, jika perlu tegakkan benang yang basah. Apa yang penting, tidak ada Kerjasama! Ini menghasilkan dua pihak yang tidak sudah-sudah bertelagah.

Dua pihak yang tidak sudah-sudah bertelagah ini berjangkitlah ke bloggers-bloggers. Ada yang terlalu berani dan ada yang terlalu kurang ajar. Tidak banyak yang dapat dipelajari dari mereka-mereka ini melainkan teknik-teknik untuk bercakaran dan perpecahan.

Jika beginilah kehidupan rakyat Malaysia yang menghabiskan masa dengan bertelagah, dimanakah ruang masa yang diperuntukkan untuk menambah ilmu? Tidak dinafikan bahawa politikus mahupun bloggers ini berpelajaran tinggi. Tapi itu tidak bermakna yang mempunyai ijazah, masters mahupun PhD akan kekal pandai jika tidak ditambah, dikembangkan apalagi tidak digunapakai. Hasilnya, keluarlah pendapat dan hujah yang berbunyi indah tetapi berbaur kebodohan!

Tidak dapat dinafikan,  ini semua adalah hasil kerja ' the hidden hand ' yang telah berjaya melenggokkan arus kehidupan seperti yang dirancang.  Setakat ini ianya telah berjaya dan akan terus berjaya sehinggalah kita semua menuju kehancuran! Perancangan yang telah lama dibuat, dari kita mula dijajah oleh agen-agen dajjal ini. Kajian yang rapi telah mereka buat. Melayu ini kuat jika bersatu, lalu itulah sebabnya Cina dan India dibawa masuk (bukan untuk menafikan kepentingan mereka) atas alasan buruh perlombongan dan estet. Tapi pernahkah terfikir oleh kita mengapakah trend ini tidak dibuat dinegara-negara jajahan lain?

Itu kalau kita bercakap mengenai negara. Sebenarnya kerja Dajjal ini sudah mula berleluasa dari rumahtangga hinggalah keperingkat global. Peratusan penceraian makin meningkat. Begitu juga jenayah, murtad dan sebagainya. Tidak banyak lagi yang dapat kita lakukan cuma kembali kepada Allah sebagai satu-satunya tempat kita berlindung dan bukan selainnya. Pada manusia? Hmmmm....bukankah Syaitan itu terdiri daripada Jin dan Manusia???

Wednesday, 24 August 2011

Only 3 days.....

"The world is 3 days: As for yesterday, it has vanished along with all that was in it. As for tomorrow, you may never see it. As for today, it is yours, so work on it."
— Hasan Al-Basri

Monday, 22 August 2011

Who am I?......

"I am a traveler seeking the truth, a human searching for the meaning of humanity and a citizen seeking dignity, freedom, stability and welfare under the shade of Islam. I am a free man who is aware of the purpose of his existence and who proclaims: “Truly, my prayer and my sacrifice, my living and my dying are all for Allah, the Lord of the worlds; no partner has He. This, am I commanded and I am of those who submit to His Will.” This is who I am. Who are you?"
(Hassan al-Banna)

Thursday, 18 August 2011

Memburu yang pasti.......

Tertarik aku dengan review seorang Ustasz tentang suatu ungkapan seorang Ulama yang berbunyi; "Manusia ini peliknya siang malam memburu yang pasti dan meremehkan yang belum pasti....." Perkara pasti yang pertama adalah rezeki. Rezeki kita telah ditetapkan oleh Allah semasa kita masih berada dialam roh lagi. Kita, sebagai hamba memanglah dituntut untuk berdoa dan mengadu pada Allah tentang rezeki ini. Dengan limpah dan rahmah serta sifat kasih sayangNya serta dengan usaha yang digandakan, kemungkinan rezeki dilipatgandakan....tapi yang pasti rezeki itu telahpun ditetapkan. Pusinglah ikut manapun..kalau rezeki kita,  tetap akan menjadi rezeki kita.
Pasti yang kedua ialah: Jodoh.  Bagi yang telah menempuh zaman perkahwinan tidak akan membantah pasti yang ini.  Mereka-mereka ini akan sedar kenyataan ini  hanya setelah mengalaminya sendiri. Bercintalah se rak manapun,  kalau bukan jodoh..tidak akan merasa. Bergaduh lah saban hari...kalau jodoh,  kahwin jugak....dah nasib?  Bukan nasib tapi jodoh. Telah ditetapkan oleh Allah....dan bagi ketetapan yang ketiga ialah         


Mati....
Kita semua yakin ketiga-tiga kepastian ini. Dan manusia seluruhnya berhempas pulas cuba sedaya mungkin untuk menidakkan kepastian ini.  Lalu menidakkan atau sekadar ala kadar dalam mengejar sesuatu yang belum pasti....iaitu kemana kita selepas mati???



Thursday, 11 August 2011

The Champ……How do you make someone cry for the sake of science?


Baru-baru ni salah satu filem kegemaran aku telah dinobatkan sebagai Filem Paling Sedih Dalam Dunia. Yang bestnya, ianya diangkat oleh para saintis. Mula-mula aku malas nak layan article tu sebab tahulah Amerika, semua benda dia "best in the world". Tapi bila sub tajuk nya mengatakan ianya diangkat oleh para saintis seluruh dunia, aku bacalah…lagi pun movie ni memang best!
Aku menonton filem ni masa aku masih disekolah menengah. Bila tiba part Ricky Schroder panggil bapak dia ,"Champ, wake up!" , merabai-rabai airmata aku dibuatnya. Yelah, masa tu aku pulak baru kematian ayah. Tapi member-member yang brutal-brutal yang menonton sekali pun meraung jugak. Biasalah Rockers….muka cute hatipun cute…..heheh. Tapi aku sempat sound member-member yang menonton sekali, "what the f….., we pay for crying?", dan salah seorang member aku menjawab dalam gelap (tak silap salah sorang, member cina aku…we already 1 malaysia then…heheh), "you can come over to my house Nor, and you can cry for free". Aku faham sangatlah maksud dia. Zaman tu, mak bapak kaum cina ni kalau belasah anak dahsyat giler. Bukan main-main. Mak Bapak melayu pun belasah jugak, tapi tak seteruk mak bapak cina woo,kalau anak diorang buat silap sikit main hentam jer, capai apa yang dekat, terus belasah! 


"It would also make a lasting contribution to science. The final scene of The Champ has become a must-see in psychology laboratories around the world when scientists want to make people sad."kata article tu lagi. Aku tak baca habis pun article yang sampai 3 mukasurat tu walaupun ada juga tertanya mengapa pakar-pakar jiwa ni perlukan scene untuk buat orang menangis. Pada aku tak payah lah susah-susah nak kaji-kaji. Manusia ini perlu ada sensitivity. Perlu menangis sekali sekala. Islam pun galakkan kita menangisi dosa yang kita dah buat, siap janjikan pahala lagi! Tapi kalau ketawa lebih-lebih tu berdosa…itu pasti!