Tertarik aku dengan review seorang Ustasz tentang suatu ungkapan seorang Ulama yang berbunyi; "Manusia ini peliknya siang malam memburu yang pasti dan meremehkan yang belum pasti....." Perkara pasti yang pertama adalah rezeki. Rezeki kita telah ditetapkan oleh Allah semasa kita masih berada dialam roh lagi. Kita, sebagai hamba memanglah dituntut untuk berdoa dan mengadu pada Allah tentang rezeki ini. Dengan limpah dan rahmah serta sifat kasih sayangNya serta dengan usaha yang digandakan, kemungkinan rezeki dilipatgandakan....tapi yang pasti rezeki itu telahpun ditetapkan. Pusinglah ikut manapun..kalau rezeki kita, tetap akan menjadi rezeki kita.Pasti yang kedua ialah: Jodoh. Bagi yang telah menempuh zaman perkahwinan tidak akan membantah pasti yang ini. Mereka-mereka ini akan sedar kenyataan ini hanya setelah mengalaminya sendiri. Bercintalah se rak manapun, kalau bukan jodoh..tidak akan merasa. Bergaduh lah saban hari...kalau jodoh, kahwin jugak....dah nasib? Bukan nasib tapi jodoh. Telah ditetapkan oleh Allah....dan bagi ketetapan yang ketiga ialah
Mati....
Mati....
Kita semua yakin ketiga-tiga kepastian ini. Dan manusia seluruhnya berhempas pulas cuba sedaya mungkin untuk menidakkan kepastian ini. Lalu menidakkan atau sekadar ala kadar dalam mengejar sesuatu yang belum pasti....iaitu kemana kita selepas mati???
No comments:
Post a Comment