Wednesday, 7 September 2011

Biasa aje.....

Raya sudah seminggu berlalu. Ramadhan pergi dengan shahdu. Manusia sudah memulakan kehidupan biasa. Selain daripada kematian jurugambar Bernama yang shahid,  apa yang disajikan oleh media perdana dan tidak perdana, bloggers rata-rata biasa-biasa sahaja.
Politik di Malaysia masih jauh dari matang. Baik dari yang di kedai-kedai kopi sehinggalah yang di Putrajaya. Politik di Malaysia adalah satu sajian kehidupan yang tak sudah-sudah, dari selepas satu PRU hinggalah ke PRU seterusnya. Permainannya mudah. Satu pihak mengatakan A dan pihak yang lagi satu mengatakan B. Pemimpin-pemimpin pula masing-masing mengeluarkan hujah, jika perlu tegakkan benang yang basah. Apa yang penting, tidak ada Kerjasama! Ini menghasilkan dua pihak yang tidak sudah-sudah bertelagah.

Dua pihak yang tidak sudah-sudah bertelagah ini berjangkitlah ke bloggers-bloggers. Ada yang terlalu berani dan ada yang terlalu kurang ajar. Tidak banyak yang dapat dipelajari dari mereka-mereka ini melainkan teknik-teknik untuk bercakaran dan perpecahan.

Jika beginilah kehidupan rakyat Malaysia yang menghabiskan masa dengan bertelagah, dimanakah ruang masa yang diperuntukkan untuk menambah ilmu? Tidak dinafikan bahawa politikus mahupun bloggers ini berpelajaran tinggi. Tapi itu tidak bermakna yang mempunyai ijazah, masters mahupun PhD akan kekal pandai jika tidak ditambah, dikembangkan apalagi tidak digunapakai. Hasilnya, keluarlah pendapat dan hujah yang berbunyi indah tetapi berbaur kebodohan!

Tidak dapat dinafikan,  ini semua adalah hasil kerja ' the hidden hand ' yang telah berjaya melenggokkan arus kehidupan seperti yang dirancang.  Setakat ini ianya telah berjaya dan akan terus berjaya sehinggalah kita semua menuju kehancuran! Perancangan yang telah lama dibuat, dari kita mula dijajah oleh agen-agen dajjal ini. Kajian yang rapi telah mereka buat. Melayu ini kuat jika bersatu, lalu itulah sebabnya Cina dan India dibawa masuk (bukan untuk menafikan kepentingan mereka) atas alasan buruh perlombongan dan estet. Tapi pernahkah terfikir oleh kita mengapakah trend ini tidak dibuat dinegara-negara jajahan lain?

Itu kalau kita bercakap mengenai negara. Sebenarnya kerja Dajjal ini sudah mula berleluasa dari rumahtangga hinggalah keperingkat global. Peratusan penceraian makin meningkat. Begitu juga jenayah, murtad dan sebagainya. Tidak banyak lagi yang dapat kita lakukan cuma kembali kepada Allah sebagai satu-satunya tempat kita berlindung dan bukan selainnya. Pada manusia? Hmmmm....bukankah Syaitan itu terdiri daripada Jin dan Manusia???

No comments:

Post a Comment