"One who is publicly honest about himself ends up by priding himself somewhat on this honesty: for he knows only too well why he is honest—for the same reasons another person prefers illusion and dissimulation."
Friday, 29 July 2011
You can tie me up, but I'll keep write it down..: Benci....
You can tie me up, but I'll keep write it down..: Benci....: "Kebelakangan ini semua isu-isu yang diperkatakan, diperbincangkan mahupun yang diperdebatkan boleh dirumuskan kepada satu perkataan iaitu BE..."
Benci....
Kebelakangan ini semua isu-isu yang diperkatakan, diperbincangkan mahupun yang diperdebatkan boleh dirumuskan kepada satu perkataan iaitu BENCI. Dari isu BERSIH, isu cincin 24 juta, isu Yossi Benayoun, isu biometric, isu harga barang naik, isu ekonomi merudum dan juga isu pembunuhan beramai-ramai di Norway sehinggalah kepada isu kegagalan harimau Malaya ditangan Singa.
Kita benci kepada yang kita takut. Takut ini dihidupkan oleh Syaitan Nirojim. Dalam keadaan yang tidak kita sedar benci ini berpunca daripada takut. Kita hanya boleh takut pada Allah. Takut kita kepada yang selainNYA adalah kerana BENCI. Selalunya kita tidaklah kata kita benci (orang politik apatah lagi) tapi kita lebih mengatakan, “Tidak betul” – “tidak logik” (agar tidak dikira serius) – “tidak matang” (jadi, tak perlulah dilayan sangat) – “tidak adil” atau “Itu yang mereka tempah” (jadi terimalah akibatnya atau padan muka). Lalu kita pisahkan “kita” dari “mereka” selari dengan berpisahnya diri kita dengan apa yang kita takut didalam diri kita – kesakitan, kesedihan, kehampaan, tidak berdaya dan vulnerable nya kita.
Bukan BENCI ke namanya kalau kita merujuk kepadan keasingan atau bersikap radikal kepada pihak yang memilih jalan yang tidak sama dengan kita? Barangkali apa yang paling kita benci ialah rasa kekurangan kita jadi apabila lihat cermin diri, kita juruskan benci kita yang memang telah mengerawang dalam diri kepda orang lain ataupun kumpulan yang lagi satu itu. Untuk contoh yang mudah, kita akan ketawa apabila Johan mempersendakan Zizan, tapi kita akan terasa jika rakan kita mempersendakan kita dikhalayak ramai – walaupun menggunakan ayat yang jauh lebih lembut. Atau untuk contoh yang lebih mudah, kita kecewa Harimau kita tewas kepada Singa – maka timbullah rasa benci kita kepada setiap pemain Singapura – lalu lahirlah kata-kata yang tidak enak hanya kerana sebenarnya kita tewas, dan kita tewas kerana kita lemah! Kita benci bila kelemahan kita ditonjolkan……
Mengapa kita tidak membuat pilihan untuk belajar tentang kehidupan ini daripada asyik cuba memanupulasi dan mengawal? Perasaan takut adalah salah satu perasaan asas kita sebagai manusia. Kita tidak dilahirkan tahu apa itu BENCI – kita mempelajarinya (tentulah dengan tunjuk ajar Syaitan Nirojim). Masa kita baby kita hanya tahu takut. Bila kita mula membesar, kita cuba menutupi setiap rasa takut kita kepada BENCI dan setakat ini……Syaitan telah berjaya menjadi guru yang baik bagi setiap umat manusia di dunia ini. Salam Ramadhan – semoga tidak ada lagi BENCI!
Thursday, 28 July 2011
Marhaban Ya Ramadhan..
Kalau aku imbas kembali zaman kanak-kanak dulu, beberapa hari menjelang Ramadhan begini adalah waktu-waktu yang amat indah dan dinanti-nantikan oleh aku dan rakan-rakan sebaya di kampong. Zaman itu zaman mudah dan tulus. Mudah kerana kami yang rata-rata belum cukup umur tidak perlu mengambil tahu sangat mengenai sepak terajang kehidupan di dunia yang menipu ini. Tulus kerana rata-rata kami masih suci minda dan jiwa. Tiada dengki dan khianat, kalau adapun setakat bergaduh pagi tapi akan berbaik semula disebelah petangnya.
Bagi kami Ramadhan (dalam bahasa kami ketika itu, ’bulan puasa’) adalah satu bulan yang sepanjang bulannya kami akan mengadakan aktiviti-aktiviti yang lebih dari bulan-bulan biasa. Ini kerana, pada bulan puasa ini kami akan bermain dari pagi hinggalah kemalam. Aktiviti siang seperti mandi sungai dan lombong kami kerapkan, kenapa? Entahlah kenapa kerana kami tidak pula pernah bertanya sesama sendiri dan kami tidak pula pernah membantah pada sebarang cadangan atas kekerapan itu.
Sering Ramadhan ketika itu jatuh pada musim cuti sekolah. Aktiviti kami mudah, sebelah pagi kami akan berkumpul di rumah Mak Tua untuk mengaji Al-Quran dan pengajian akan bermula sebaik saja Mak Tua selesai sembahyang dhuha. Geng kami agak ramai, lebih kurang 10 lelaki dan 8 perempuan. Selesai sahaja mengaji kami akan terus bermain. Apa saja cadangan aktiviti bagi kami nampak elok belaka. Kalau ada pertelingkahan pun dapat kami selesaikan secara baik. Jika ada isu yang tidak boleh diselesaikan dengan cara baik sekali pun, kami tidak akan bertindak seperti biasa kerana sebaik sahaja sesuatu pergaduhan mula tercetus akan ada suara (selalunya dari rakan perempuan kami) yang menjerit, “Oii! Korang tak puasa ke? Kang batal puasa kang..ni bulan puasa ini!!
Apabila matahari sudah tegak dikepala, tekak masing-masing sudah mula terasa perit. Tambahan pula dibulan puasa ini kami kerap meludah…entah kenapa, mungkin untuk nampak lebih berpuasa barangkali. Kami akan berhenti bermain dan berpecah dengan geng perempuan. Geng lelaki akan mula menyusur jalan pintas di belakang rumah Pak Hamid terus ke Jalan Bruseh dan terus ke Lembah. Tanpa kami sedari, kami masing-masing sudah pun berada didalam air yang nyaman. Sesekali kami akan menyelam. Rasanya tidak mengapa kut kalau tertelan sedikit air….itu fikir kami. Tapi apa yang pasti, setelah selesai mandi manda badan kami terasa segar semula. Kami akan pulang kerumah apabila masuk waktu zohor setelah berjanji akan berjumpa pada petangnya untuk bermain di rumah Udi atau Puji.
Geng kami patuh pada janji. Petangnya kami berkumpul tepat pada waktunya. Aktiviti bermain disebelah petang kami tamat sekitar pukul 6 kerana hendak bersiap sedia ke masjid. Masjid adalah wajib pada bulan Ramadhan bagi kami. Bulan Ramadhan ada ’moreh’. Moreh adalah sambutan berbuka puasa di Masjid yang ditaja oleh orang persendirian, kampong mahupun syarikat. Aku suka lauk gulai kawah Pak Ahad. Kami juga bertadarus (kumpulan kanak-kanak diasingkan dengan dewasa). Tadarus itu perlu, kerana kami akan dapat seringgit seorang untuk satu malam. Kami berazam untuk bertadarus sekurang-kurangnya untuk 20 malam kerana kami berkira-kira untuk ke Kampar atau ke Ipoh pada hari raya nanti.
Pulang dari masjid, aku akan kedapur untuk menjenguk bubur kacang emak sebelum tidur. Belum pun puas aku tidur, emak sudah kejutkan untuk bersahur. Mengantuknya tuhan sahaja yang tahu. Aku bersahur dalam keadaan terpaksa. Waktu menunjukkan jam 4 pagi dan aku sedang mengagahi diri menjamah nasi berlaukkan telur asin (menu wajib waktu sahur) dan sedikit sayur pucuk paku masak lemak sardin dengan keadaan mata yang separuh tertutup. Selesai makan aku sambung tidur….dan mengimpikan Ramadhan yang masih ada lagi esoknya. Aku senyum….aku suka Ramadhan!!!
Cer Citer......: Umor kita......
Cer Citer......: Umor kita......: "Tertarik pulak aku dengan kata-kata seorang Ustaz dalam kuliahnya pagi tadi mengenai umor kita.... Tajuknya bukan mengenai umor tapi lain, ..."
Tuesday, 26 July 2011
it is normal, as a human being we’ve been derailed as long as we know that no matter how bad we’ve been slipped away from the right path…..we’ll come back! there’s no point on looking back, its doesn’t help much actually. Apparently we have to look forward, enjoy the view and enjoy the company….but remember you might been derailed again, its ok! but just remember to come back. Ultimately, we’re heading to the same destination…aren’t we?
Subscribe to:
Comments (Atom)

