Kebelakangan ini semua isu-isu yang diperkatakan, diperbincangkan mahupun yang diperdebatkan boleh dirumuskan kepada satu perkataan iaitu BENCI. Dari isu BERSIH, isu cincin 24 juta, isu Yossi Benayoun, isu biometric, isu harga barang naik, isu ekonomi merudum dan juga isu pembunuhan beramai-ramai di Norway sehinggalah kepada isu kegagalan harimau Malaya ditangan Singa.
Kita benci kepada yang kita takut. Takut ini dihidupkan oleh Syaitan Nirojim. Dalam keadaan yang tidak kita sedar benci ini berpunca daripada takut. Kita hanya boleh takut pada Allah. Takut kita kepada yang selainNYA adalah kerana BENCI. Selalunya kita tidaklah kata kita benci (orang politik apatah lagi) tapi kita lebih mengatakan, “Tidak betul” – “tidak logik” (agar tidak dikira serius) – “tidak matang” (jadi, tak perlulah dilayan sangat) – “tidak adil” atau “Itu yang mereka tempah” (jadi terimalah akibatnya atau padan muka). Lalu kita pisahkan “kita” dari “mereka” selari dengan berpisahnya diri kita dengan apa yang kita takut didalam diri kita – kesakitan, kesedihan, kehampaan, tidak berdaya dan vulnerable nya kita.
Bukan BENCI ke namanya kalau kita merujuk kepadan keasingan atau bersikap radikal kepada pihak yang memilih jalan yang tidak sama dengan kita? Barangkali apa yang paling kita benci ialah rasa kekurangan kita jadi apabila lihat cermin diri, kita juruskan benci kita yang memang telah mengerawang dalam diri kepda orang lain ataupun kumpulan yang lagi satu itu. Untuk contoh yang mudah, kita akan ketawa apabila Johan mempersendakan Zizan, tapi kita akan terasa jika rakan kita mempersendakan kita dikhalayak ramai – walaupun menggunakan ayat yang jauh lebih lembut. Atau untuk contoh yang lebih mudah, kita kecewa Harimau kita tewas kepada Singa – maka timbullah rasa benci kita kepada setiap pemain Singapura – lalu lahirlah kata-kata yang tidak enak hanya kerana sebenarnya kita tewas, dan kita tewas kerana kita lemah! Kita benci bila kelemahan kita ditonjolkan……
Mengapa kita tidak membuat pilihan untuk belajar tentang kehidupan ini daripada asyik cuba memanupulasi dan mengawal? Perasaan takut adalah salah satu perasaan asas kita sebagai manusia. Kita tidak dilahirkan tahu apa itu BENCI – kita mempelajarinya (tentulah dengan tunjuk ajar Syaitan Nirojim). Masa kita baby kita hanya tahu takut. Bila kita mula membesar, kita cuba menutupi setiap rasa takut kita kepada BENCI dan setakat ini……Syaitan telah berjaya menjadi guru yang baik bagi setiap umat manusia di dunia ini. Salam Ramadhan – semoga tidak ada lagi BENCI!

No comments:
Post a Comment