Monday, 19 December 2011

Bersahabat

BERSAHABAT DENGAN ORANG JAHIL YANG TIDAK MENURUT HAWA NAFSU LEBIH BAIK DARIPADA BERSAHABAT DENGAN ORANG ALIM YANG TUNDUK KEPADA NAFSU. ILMU APAKAH YANG DAPAT DIPANGGIL BAGI ORANG ALIM YANG DITAWAN OLEH NAFSUNYA, SEBALIKNYA KEJAHILAN APAKAH YANG DAPAT DISEBUTKAN BAGI SESEORANG YANG SUDAH DAPAT MENGEKANG NAFSUNYA.

Friday, 2 December 2011

@AKJ on PRU: Kita Semua Pikul Beban

Salam Dato',

Saya tertarik dengan sebuah artikel bertajuk 'Managing Babyboomers, Generation X and Generation Y'. Serba sedikit boleh saya kaitkan dengan tajuk Dato' kali ini.

Setuju dengan Dato' bahawa insan yang terasa beban PRU akan datang adalah Najib, Anwar, Kit Siang dan semua yang seangkatan dengannya. Babyboomers yang lahir antara 1944-1963 adalah kelompok yang paling risau dengan keadaan dan kedudukan Melayu sekarang dan kelompok inilah yang ramai jika UMNO tumbang kerana bagi mereka Melayu akan hancur jika UMNO kecundang. Bagi mereka apa yang dikecapi sekarang adalah sumbangan UMNO walaupun sejak dulu hingga sekarang mereka masih ditakuk lama.

Gen X yang lahir sekitar 1964-1980 adalah golongan yang opportunis. Mereka baham apa saja untuk survival walaupun yang dibaham itu berkulit sawo matang juga. Ramai dikalangan ini memang menganggap yang bersawo matang lah yang selalu kacau daun dan mereka tidak alergik dengan warna lain selain dari sawo matang. Golongan inilah yang berkacamata hitam dan handphone ditelinga sentiasa yang Dato' katakan tadi. Bukan apapun yang dibualkan dihandphone tu cuma sekadar apa yang boleh dibaham dan siapa yang akan dibaham.

Gen Y lahir dari 1980 keatas. Golongan inilah yang ramai mengganas dialam maya. Berjuang untuk hak sama rata dan kadang-kadang lebih sudu dari kuah jika hendak dibandingkan dengan rakan seperjuangan mereka yang tidak memakai cebok. Golongan inilah yang ramai menyumbang kepada kejatuhan Gaddafi dan geng-gengnya disebelah sana.

Jadi Dato', beban kita semua yang akan mengundi nanti ialah nak pangkah siapa. Ada orang kata there is light at the end of the tunnel, tetapi saya risau..the light that we all see is the light of the oncoming train...puttt, putt!