Tuesday, 21 May 2013

comment on Dato Kadir Jasin - Adakah Praktikal Boikot Perniagaan Cina?

Salam DAKJ,

Maaflah Dato' kalau saya cakap tajuk ni tidak sepatutnya diperbahaskan. Bukannya apa, takut kelak kita semua terjerumus sekali ke alam juak2 yg makin lama makin sudah tidak siuman.

Dari pengamatan saya, jenis2 yang tidak mahu muhasabah diri ini sampai bila pun tidak akan maju. Bila orang sudah tidak suka, bukan hendak mencari jalan untuk memperbaiki diri supaya orang akan suka akhirnya. Ini tidak, bila orang benci nak diganyang pulak. Diboikot2 dan dihalau2. Mentaliti Melayu mana ni?

Sudah2lah jadi orang bodoh. Awak dah menang, buatlah cara orang menang. Fikirlah untuk generasi akan datang. Yang hendak dimarahi sangat Cina tu buat apa, Melayu pun dah makin ramai tak suka dan jumlah yang dah getik ini akan bertambah sedikit demi sedikit...bukanke Melayu ini pantang dengan orang yang menipu dan sombong?

Monday, 19 December 2011

Bersahabat

BERSAHABAT DENGAN ORANG JAHIL YANG TIDAK MENURUT HAWA NAFSU LEBIH BAIK DARIPADA BERSAHABAT DENGAN ORANG ALIM YANG TUNDUK KEPADA NAFSU. ILMU APAKAH YANG DAPAT DIPANGGIL BAGI ORANG ALIM YANG DITAWAN OLEH NAFSUNYA, SEBALIKNYA KEJAHILAN APAKAH YANG DAPAT DISEBUTKAN BAGI SESEORANG YANG SUDAH DAPAT MENGEKANG NAFSUNYA.

Friday, 2 December 2011

@AKJ on PRU: Kita Semua Pikul Beban

Salam Dato',

Saya tertarik dengan sebuah artikel bertajuk 'Managing Babyboomers, Generation X and Generation Y'. Serba sedikit boleh saya kaitkan dengan tajuk Dato' kali ini.

Setuju dengan Dato' bahawa insan yang terasa beban PRU akan datang adalah Najib, Anwar, Kit Siang dan semua yang seangkatan dengannya. Babyboomers yang lahir antara 1944-1963 adalah kelompok yang paling risau dengan keadaan dan kedudukan Melayu sekarang dan kelompok inilah yang ramai jika UMNO tumbang kerana bagi mereka Melayu akan hancur jika UMNO kecundang. Bagi mereka apa yang dikecapi sekarang adalah sumbangan UMNO walaupun sejak dulu hingga sekarang mereka masih ditakuk lama.

Gen X yang lahir sekitar 1964-1980 adalah golongan yang opportunis. Mereka baham apa saja untuk survival walaupun yang dibaham itu berkulit sawo matang juga. Ramai dikalangan ini memang menganggap yang bersawo matang lah yang selalu kacau daun dan mereka tidak alergik dengan warna lain selain dari sawo matang. Golongan inilah yang berkacamata hitam dan handphone ditelinga sentiasa yang Dato' katakan tadi. Bukan apapun yang dibualkan dihandphone tu cuma sekadar apa yang boleh dibaham dan siapa yang akan dibaham.

Gen Y lahir dari 1980 keatas. Golongan inilah yang ramai mengganas dialam maya. Berjuang untuk hak sama rata dan kadang-kadang lebih sudu dari kuah jika hendak dibandingkan dengan rakan seperjuangan mereka yang tidak memakai cebok. Golongan inilah yang ramai menyumbang kepada kejatuhan Gaddafi dan geng-gengnya disebelah sana.

Jadi Dato', beban kita semua yang akan mengundi nanti ialah nak pangkah siapa. Ada orang kata there is light at the end of the tunnel, tetapi saya risau..the light that we all see is the light of the oncoming train...puttt, putt!

Thursday, 24 November 2011

on Chedet...seksualiti Merdeka

anort63 November 21, 2011 at 1:00 pm | Permalink

Salam Tun,

Kupasan Tun cantik sekali. But its nothing new actually. Seks terlampau ini sudah ujud dari zaman kaum Nabi Lut lagi. Ini semua orang tahu.

Apa yang terkini ialah sikap kurang ajar sesetengah pihak yang cuba mengambil kesempatan dalam pelbagai isu. Kebanyakkannya hanya untuk ‘test the market’. Mereka ini tergolong dari kaum bijak pandai yang diterajui oleh Dajal. Generasi Y konon, tetapi sebenarnya mereka hanya mengambil kesempatan atas sikap keterbukaan kerajaan sendiri.
Masa zaman Tun, golongan2 ini kurang berani. Tetapi kini, golongan ini tahu mereka semakin kuat kerana mereka tahu pemerintah hari ini cukup takut dengan mereka. Kerajaan hari ini beriya-iya hendak menjaga hati mereka2 ini dengan harapan mereka akan menyokong parti pemerintah. Tun tolonglah beritahu pemimpin-pemimpin kita hari ini bahawa hati golongan2 ini jahat dan jangan haraplah hati mereka akan puas walau apapun yang dihidangkan kepada mereka. Hendak menyokong? Maafla….
Oleh itu kerajaan hari ini sudah-sudahlah memberi muka sangat kepada kumpulan yang biadap ini. Ini tidak, jika orang kita tersilap sedikit, bukan main laju diambil tindakan. Tun tidak berasa hairan ke hari ini, pemimpin/polis kalau mengambil tindakan kepada bangsa kita bukan main samseng…tetapi kalau bangsa lain? Tengoklah Bersih 2.0, ada kita nampak bangsa lain dipukul dan dibelasah? Dan baru2 ini 13 orang dituduh JI…. dan banyak lagi contoh-contoh pemimpin ‘jaguh kampung’ kita hari ini apabila mengambil tindakan. Begitu juga parti-parti politik….UMNO paling suka berkonfrontasi dengan PAS, begitu juga sebaliknya? Berapa kerat sangatlah parti2 bangsa-bangsa lain berkelahi sesama sendiri. Entahlah Tun, semakin panjang saya menulis semakin teringat kata seorang rakan yang menepis kata-kata kesat seorang CEO dikedai kopi betapa buruknya bangsa kita dan ketidakadilan yang diberikan kepada bangsanya. Kata rakan tersebut…”Well, i’m not too good to debate further since i am not a politician, but i reckon the only way to settle all this rubbish is, this country should have another round of May 13th…!” and the CEO walk off without saying one single word.

Thursday, 20 October 2011

on Aziz Bari suspended...

First you destroy those who create values. Then you destroy those who know what the values are, and who also know that those destroyed before were in fact the creators of values. But real barbarism begins when no one can any longer judge or know that what he does is barbaric. - Ryszard Kapuscinski

The Truth....

"It is a pleasure to stand upon the shore, and to see ships tossed upon the sea: a pleasure to stand in the window of a castle, and to see a battle and the adventures thereof below: but no pleasure is comparable to standing upon the vantage ground of truth ... and to see the errors, and wanderings, and mists, and tempests, in the vale below. " Francis Bacon

Tuesday, 27 September 2011

As posted to AKJ blog.....

Dato' KJ,

Saya ke tandas. Saya dapati orang yang menggunakan tandas sebelumnya tidak flush n**** yang dibuangnya. Saya tidak selesa untuk menunaikan hajat tanpa menghapuskan peninggalan pengguna sebelumnya. Saya flush dulu baru buang hajat. Setelah selesai, saya juga tidak dapat menyahkan hasil buangan saya tadi kerana tangki air tadi belum mencukupi kadar untuk di flush. Lalu saya menyesal menyalahkan orang tadi kerana dia juga mungkin mengalami nasib yang sama seperti saya. Saya yakin proses ini akan bersambung tak habis-habis kecualilah ada seorang pengguna yang datang ke tandas tersebut lalu flush tanpa menunaikan sebarang hajat...

Maaf jika tulisan ini agak memualkan dipagi hari.....