Umor kita......

Tertarik pulak aku dengan kata-kata seorang Ustaz dalam kuliahnya pagi tadi mengenai umor kita....
Tajuknya bukan mengenai umor tapi lain, cuma aku dapat merumuskan sedikit tentang umor kita....
Tentunya apabila kita bercakap mengenai umor,  maka dengan mudah kita mengaitkannya dengan umor meningkat, panjang umor, dan ucapan tahniah selamat menyambut hari jadi.....

Ironinya, umor (umur adalah ejaan yang betul,  tapi sebab aku orang Perak.....bunyinya kenalah umor) bukanlah makin lama makin meningkat tapi makin lama makin berkurangan.  Kalau dari segi matematik memanglah logiknya makin meningkat...ye la kalau dulu umor kita 20 tahun pada tahun 2000, sekarang ini pada tahun 2011, tambah 11 maka umor kita dah 31. Tambahlah tu, bukanlah berkurang.....

Bukan,  bukan begitu perkiraannya. Umor kita adalah satu nombor kurnian Illahi pada setiap insan. Ada yang diberi package umor 20 tahun, 35 tahun, 55 tahun,  dan nombor-nombor lainnya (tapi nasiblah bagi yang packagenya sampai 100tahun dan masih boleh pergi mengundi) sebelum kita lahir lagi.  Jadi kita pun hiduplah dengan package umor yang di bagi dek Tuhan. Setiap kali kita menyambut hari lahir, maka patutnya kita tolaklah satu tahun dari package yang kita ada. Kalau begini perkiraannya, setiap hari lahir kita seharusnya bengang semacam bila ada sedara ke, kengkawan ke yang ucap - Tahniah! selamat menyambut hari lahir. Apa tidaknya, diaorang suka pulak bila package umor kita dah makin kurang, macam suka pulak yang kita dah makin dekat dengan mati!  Siapalah agaknya yang mencipta sambutan hari jadi/lahir ini ya? Apa ke bangangnya nyambut orang yang semakin dekat dengan mati.

Kita kurang sangat terasanya formula tolak dan bukannya campor ini mungkin kerana Allah tak bagi tahu apa package yang kita ada.  Itu rahsia Allah. Malaikat maut yang sehari jumpa kita 70 kali pun tak tahu bila masa dia nak rentap nyawa kita. Bukan dia tak geram....tapi arahan belum diterima, jadi dia biorkannya kita dok mengarut diatas dunia ini.  Sebab kita pakai formula camporlah yang buat kita masih samseng lagi atas dunia ni. Tapi kalau kita pakai formula tolak, rasanya mahu juga sedor. Apa idaknya,  kalau umor kita sekarang 48 dan package yang kita ada hanya 50 bermakna lagi 2 tahun lah kita akan tumpor. Cukup ke 2 tahun nak buat baik?

Dunia ni pun satu,  tak habis-habis bagi offer yang membuat kita seronok dan leka.  Kata orang,  kita di dunia ni ibarat kapal. Kapal tak boleh bergerak tanpa air (ayor pun boleh jugak).  Dan air itu umpama dunia ini pada kita. Kapal perlukan air untuk bergerak menuju ke destinasi. Kita perlukan dunia macam kapal perlukan air. Kapal perlukan air, tapi air jangan sampai masuk kapal.  Tapi kita???