Hari ini , InsyaAllah..genaplah lima hari kita berpuasa. Cepatnya masa berlalu. Kata orang kita rasa masa berlalu cepat sebab kita sibuk. Aku rasa tidak. Umor dah dekat setengah abad ni aku rasa aku makin kurang sibuk, tapi masa habis makin laju. Aku pegang cakap ustaz aku dulu (dia cakap pun rujuk kat kitab lama, jenuh aku cari tak jumpa pulak) yang masa itu adalah makhluk Allah dan ia boleh bergerak lebih pantas atau perlahan mengikut perintah Tuhan. Ye lah, makhluk Tuhan yang lain mana ada yang tak ikut arahan kecuali lah manusia dan kawan baiknya...syaitan nirojimm.
Kalau difikirkan logik, mana ada lebih cepat? Bukan ker jam dan peredaran bulan dan matahari macam biasa jarak dan waktunya. Habis siapa suruh kira 60 saat bersamaan dengan 1 minit, 60 minit bersamaan dengan 1 jam dan 24 jam bersamaan dengan satu hari? Tak payahlah pening dengan ilmu Allah, ilmu yang manusia cipta pun kita masih terhegeh-hegeh.......Patutnya kita rasa masa bergerak makin lama makin slow. Yelah, kita bergerak lebih pantas sekarang (dengan teknologi dan gadget-gadget yang serba canggih), patutnya siang kita akan terasa lebih panjang. Kita banyak buat dua kerja dalam satu masa sekarang ni seperti sambil makan tengok tv, sambil bersembang sambil balas mesej dll. Masa cepat ni kerja Tuhan dan Nabi SAW pun pernah bersabda, yang kalau masa cepat berlalu itu tanda kiamat sudah dekat.Apapun, aku yakin ramai yang setuju dengan aku yang masa kini cepat berlalu. Ada yang cuba berfikir mengapa tapi lagi ramai yang tak heran. Apabila tidak endah, maka banyaklah yang confuse dalam memilih mana yang mesti didahulukan memandangkan masa yang lebih pantas. Kerana keliru, ramailah yang puasa tapi tidak solat, ramailah yang solat tapi tidak kisah kalau ahli keluarga, rakan , atau anak buah tidak solat. Pinjam sikit kata-kata Saidina Omar Al-Khatab masa nazaknya tapi berkeras nak solat jugak , “Tidak ada tempat bagi orang yang tidak solat!”
dan Allah juga telah bersumpah “Demi Masa....sesungguhnya manusia itu dalam kerugian!”............(Al-Asr 1-2).
Tapi yang pasti, kita tidak akan lewat dalam menghargai masa......ermmmm berbuka hari ini 7.23 malam! InsaAllah tidak akan lewat........ :)
No comments:
Post a Comment